12 August 2012

selamat tinggal

'lepas ni jangan cari i lagi' pintaku.
kau diam. lalu kau mengangguk lemah.
air mataku tak terbendung lagi di dalam kolam mataku

aku tersedu sedan.
sedu yang dikau sangka selsema ternyata datang dari tangis.
lantas aku melangkah keluar dari kereta merahmu.
dan terus melangkah tanpa menoleh.
(walau sebenarnya jauh di sudut hati aku berharap kau menghalangku pergi)


aku tahu kau tahu kenapa permintaanku sedemikian.
kerana selama ini yang kau gantungkan bukan hanya satu hati.

sudah berulang kali ku tanyakan.
mau dibawa ke mana hubungan kita?
yang pasti aku tidak mampu menjadi sahabatmu.
kerana yang aku mahu bukan itu.

tahukah kau...
bahwa setiap kali kau pergi, aku akan menangis merindukanmu?

dan untuk apa tangis itu?
kalau pada akhir saat kau tetap dengan dia.
dan aku masih sendiri?

aku tidak akan pernah membuat kau memilih.
sebab aku tahu jawapannya pasti bukan aku.
tapi aku tahu ini semua harus berakhir..
 selamat tinggal...


 

11 August 2012

setiap gambar ada lagu

percaya tak di setiap gambar ada lagu?
scroll down and you'll believe it!

i capture pics of things around me and find 'it's song'.
all with my new canon eos!
kiss the rain
bunga terakhir? haha
katak oh katak!
perhiasan dunia
taman rashidah utama
(takde idea nak tauk lirik lagu apa)
gallery
lights
di bangun dan tidumuu (view sebelum tidur dan setelah bangun tidur... pinky lace and butterflies!)
demi masa
di sebalik tabir cintamu.. feewit!

bunga bunga cinta
 okay. i lied...
banyak jugak gambar yang takde lagu..
atau mungkin belum dicipta.
hihi..
tengok balik entry ni macam 'lame' lah pulak...
haish..
tulah, bila amatur buat kerja kan, macam ni lah hasilnya..
ape lagi semua gambar ni tidak di photoshop.
hanya tambah watermark yang comot itu sahaja..
hihi...
oklah. saya nak bersiap pergi kerja..
bye bye!

04 August 2012

tinggal 5 minit je lg nak berbuka? alamak!

pernah tak, tak sempat nak masak untuk berbuka tapi malas nak keluar atau nak pergi bazaar ramadhan?
ape lagi bazar ramadhan taman cempaka yang sangat sesak tu...
huuu...
i selalu je macam tu.
jadi solutionnya, terpaksa la masak simple2 aja.

contohnya murtabak mee sedap ni.
simple dan siap dalam lima minit!

sejak belajar kat indo, ni mmg masakan simple yg i plg suke.. huhu

cume perlu ada 5 bahan!
1. sebungkus mee sedap
2. dua biji telur
3. mayonais (option)
4. sebiji bawang besar
5. kacang buncis

mula2 rebus mee sedap sampai lembut

asingkan mee tersebut
panaskan minyak dan masukkan kacang buncis dan bawang besar

masukkan mee tadi dan serbuk perencah mee goreng tersebut

gaul rata dan asingkan

kemudian pukul telur dan mayonaise lama2 (supaya telur lembut)
masakkan telur tersebut


masukkan bahan yang digoreng tadi dan lipat dua telur anda

dan hasilnya, voila!
dapat makan mee sedap dalam masa lima minit sahaja!


selamat berbuka puasa kawan2!


23 July 2012

Misi seperempat abad

Hye

Semalam birthday saya.
tapi celebrate dengan family kelmarin sebab parents saya nak balik mersing dah semalam dan saya pulak kerja! huuu
kek ni sangat lembut dan sedap!!!! 
dan saya suka DOMINO's pizza!
nyum nyum

alip golip buatkan kad handmade special utk saya.
adik saya yang kecik ni sangat sweet dan kelakarlah!

mama kata Aizza berkeras nak belikan saya hadiah dan adik2 saya belikan saya kura2!
bukan kura2 betul lah. 
kura2 saya tiga ekor tu dah besar dah sampai kolam dah jadi macam kecik je.
kura2 ni saya letak dalam si oren!
yeay!
 
Macam tak percaya umur dah 25 tahun!
Semalam saya beli makanan di bazar ramadhan
Tapi pedas sangat kuewtiau tu sampai saya termuntah sebab minum air banyak sangat sebab tak tahan pedas sangat tapi lapar!
Hiks T.T

Sampai demam2 dan cirit birit (sy mmg akan macam tu kalau makanan over pedas)
Akhirnya saya berfikir, eh, kan baru beli buku satu hari satu resipi. Kenapa tak guna?
Adik saya gelakkan saya bila nampak saya beli buku tu.
Tapi terus terang, saya memang tak reti memasak!
Jadi hari ni saya masak guna buku tu!
Dan saya suka sangat2!
Ini adalah antara mission saya untuk memperbaiki diri. 

Nak tau apalagi MISI seperempat abad (25 tahun) saya?
Nanti saya akan cerita lain kali ye.

Sekarang berbalik kepada memasak tadi.
Tak sangka rupanya simple aje ikut buku tu.
Tabur2, tuang, campak2, kacau2, lepas tu siap!
Dan ini hasilnya.
Tadaaa!!!

Rating : 3 bintang sahaja
Daging saya masak agak liat dan kunyit saya terbubuh lebih.
Hiks.
Xpe. Nanti boleh perbaiki lagi kan.

Eh, btw, semalam ada org  msg saya, dia kata dia pembaca setia blog saya yang entah berapa kerat aja orang yang baca.
Dia cakap, ‘awak mesti dah berhenti menangis, kan?’
Saya tak sampai hati nak cakap kat dia.
Mana mungkin orang macam saya ni berhenti menangis?
Saya cume berhenti mengeluh.
Dah penat nak mengadu kat blog.
Sebab keadaan saya masih sama.
Masih gagal mencari belahan jantung.
Masih gagal melepaskan diri dari bayang2 insan itu yang hilang entah ke mana.
Tapi kita kene sayang diri sendiri sebelum orang sayang kita kan, kan?
 
Oklah.
Lain kali kita borak lagi.
Saya kene belajar dan tidur awal.
Eh, dah kerja pun kene belajar?
Itulah nasib jadi dokter.
Esok Grand Ward Round!
Alamak!
Otokajoo (macam mana ni?) *sambil kerut dahi, mulut muncung, tangan di pipi*
huuuu~

21 July 2012

si tanduk dua dah kene pagar!

 
 aku berjalan
langkah demi langkah
tanpa terasa
Ramadhan tiba lagi

kini si tanduk dua telah terkurung
tapi mampukah kita mengawal nafsu di dalam lubuk hati?

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN

marilah sama- sama beramal ye kawan2!