Tadi saya membaca link ini https://www.facebook.com/laborroom sebab rasa ingin tahu yang meluap- luap setelah membaca komen kawan sekerja. Tapi malangnya, saya tidak mampu untuk membaca semua komen- komen di situ. Bagi saya, semua orang saling menghentam dan tidak berfikiran terbuka.
Marilah kita semua berbincang mengenai hal ini baik- baik. Duduk semeja, menghadap masing- masing dan tidak meninggikan suara. Boleh tak?
1. Pada pandangan saya, wanita- wanita yang memohon aurat dijaga di kamar bersalin itu adalah mustahil. Sebab wanita dengan wanita pun ada auratnya kan? Jadi kalau nak jaga aurat, boleh tak kami ajar suami puan- puan dan suruh dia yang lahirkan anak kalian?
2. Kenapa aurat di kamar pembedahan tidak dipertikaikan? Tapi kalau aurat di kamar bedah dipertikaikan, macam mana nak memastikan 'sterility' dan kebersihan?
3. Apalah agaknya nasib pakar O&G lelaki kalau anda hanya mahukan perempuan. Penat2 belajar jadi pakar, akhirnya di'reject' di negara yang katanyya kekurangan pakar. Haish. Kesian.
4. Saya bekerja di bahagian pembedahan dan pesakit saya banyak lelaki. Kadang- kadang, saya juga terpaksa memeriksa alat sulit lelaki. Adakah setelah ini saya akan di'ban' dari wad lelaki?
5. Saya pasti kebanyakan dokter adalah profesional. Kami tidak pernah berbincang mengenai aurat pesakit. Trust me, we are so busy with our work to gossip about your 'aurat'.
6. Kalau dokter lelaki tidak diberi peluang untuk belajar, macam mana kalau nanti di 'district' yang kadang- kadang hanya ada dokter lelaki sahaja? Padahal 'aim' kita adalah untuk mengurangkan 'maternal death?'. Kalau 'emergency' macam mana? Nak tunggu dokter perempuan datang baru nak bersalin?
7. Tolong jangan memaksa kami bekerja lebih dari dokter lelaki. Contohnya dalam senario di klinik payudara minggu lepas:
Suatu hari, hanya ada dua dokter wanita dan enam dokter lelaki. Ramai pesakit meminta dokter wanita untuk memeriksa mereka.
Apabila melihat kawan saya yang lelaki menyanyi sambil goyang kaki, saya jadi 'stress' sebab pesakit masih ada tetapi hanya mahukan dokter wanita sahaja.
Hal ini membuatkan sahabat saya yang perempuan yang 'postcall', tidak tidur dari semalam menjadi bertambah 'stress'. "Kan boleh staff nurse perempuan 'chaperone!" ujarnya.
Akhirnya sahabat saya memberi cadangan agar dokter lelaki tersebut berjumpa pesakit tersebut tetapi dokter perempuan yang memeriksanya.
Bunyi macam mudah. Tetapi untuk memeriksa pesakit kami juga perlu mengetahui 'findings' dan pemeriksaan sebelumnya. Kerja dua kali ini membuat klinik berjalan agak lambat.
Jadi, tolong jangan bising kalau terpaksa menunggu lama di klinik kami, ya.
8. Ramai sahabat saya yang telah berumah tangga stress kerana kurang masa bersama keluarga. Menurut pandangan saya, permintaan anda hanya akan menambah beban kerja dokter wanita.
9. Saya bekerja di wad pembedahan wanita. Setiap kali memeriksa pesakit, kami akan menutup tirai dan menyuruh pelawat untuk keluar wad. Jadi, pelawat harus memahami dan menghormati waktu melawat. Tidakkah anda melihat kami berusaha untuk menjaga aurat pesakit?
Setiap orang ada pandangan berbeza. Tetapi anda harus faham kenapa banyak dokter tidak menyokong petition anda.Ramai juga dokter yang marah dan berkata "Kalau nak pilih, pergilah 'private hospital!".
Bukan apa, kebanyakan pesakit sibuk mengatakan tentang hak pengguna dan marah kerana terpaksa menunggu lama. Padahal kadang- kadang saya nak 'lunch' pun tak sempat. Breakfast pun memang dah selalu 'skip'. Nak pergi bilik air pun kena tahan sekejap sebab kesian pesakit menunggu lama.
Tapi pesakit marah- marah kami tanya bila giliran diperiksa.
Tolonglah. Bukannya saya buat kerja sambil lewa.
OK, mungkin hujah yang terakhir dah 'off topic', tapi rasa penat dengar orang asyik 'complaint' dan 'complaint' dan 'complaint'.
Can you put yourself in our shoes for one day? I bet you can't even stand for one hour.