Tapi mungkin itu hanya alasan aku.
Tak sepatutnya sibuk bekerja menjadi alasan, kan?
Setiap hari Jumaat akan ada Majlis Bacaan Yasin di mana semua akan berkumpul sementara awal2 pagi rakyat Melaka masih belum bangun (biasanya pesakit akan mulai banyak setelah jam 10pagi). Satu inisiatif yang sangat bagus dan tidak ada di department lain! Kadang2, bacaan yasin diganti dengan ceramah agama. Ceramah minggu lepas bertajuk 7 tanda orang bahagia di dunia sangat2 memberi impak dalam kepada diri aku.
Menurut cerita ustaz, suatu hari sahabat Rasulullah saw, Ibnu Abbas ditanya tentang apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan di dunia. Beliau menjawab ada 7 tanda kebahagiaan di dunia ini, yang pertama adalah Qolbun syakirun (hati yang sentiasa bersyukur). Ini adalah kunci dari segala hal. Menerima apa adanya yang telah diberi oleh Allah.
Jika menyenangkan, kita bersyukur
Jika tidak, kita perlu bersabar.
Sehingga kita dapat menjalani hidup ini dengan hati yang lapang.
Tidak pernah berkeluh kesah secara berlebihan.
Sekarang banyak orang suka mengeluh di facebook dan blog (aku juga tidak terkecuali). Kadang2 sampai menyakitkan hati pihak lain. Sampai ada isu 'department' berbalah- balah dan saling mendengki di Facebook.
Hampir seminggu aku cuba untuk sering bersyukur tapi terus terang, memang susah!
Bila mengeluh je cepat2 cuba mencari sesuatu yang positif dan bersyukur.
and after that i feel amazing!
Jadi kawan2, jom kita cuba untuk sentiasa bersyukur! ^.^
No comments:
Post a Comment