29 May 2015

aku hanya manusia

being a doctor in this era is a great challenge.
we have such a big competitor --> Mr. Google Who Knows It All had been a reference for everyone.
it is OK if my patients learn about family planning from Mr Who Knows It All.
sometimes i asked them, have you ever heard of family planning?.... or have you ever heard of eclampsia?
you will be amazed on how people never heard of family planning or how much they had learn via Google.
OK, that is awesome, actually.
but when they start to diagnose themselves with a weird diagnosis that didn't even exist in Malaysia, or when they prefer to meet bomoh instead of me, i am hurt.

hello, what is the use for me to study for five years and then learn from my specialist if all of you can easily be ME?

there is one girl who proudly claims that she knows more than doctors by just referring to the Internet.

KAU KALAU BELAJAR AGAMA DARI BUKU ATAU INTERNET TANPA BELAJAR DARI KELAS AGAMA, BOLEH SESAT TAK???

aku pun boleh je belajar macam mana nak pasang almari atau pasang lampu dari internet. tapi tak bermakna aku 'expert' dalam bidang tu. 

nak cakap tu fikir dulu boleh tak? kan aku dah marah ni... *cekak pinggang*

i hate stupid arrogant people. orang bodoh sombong memang menyakitkan hati.

ada satu insiden lain, dimana seorang ibu mengandung yang menghidap preeklampsia cakap dengan aku 'dokter, saya dah sihat. saya nak balik' dengan muka menyampah dan pandang ke arah berlawanan dengan aku. aku membelek 'observation chart' yang penuh dengan tulisan merah yang menandakan tekanan darah masih tinggi dan belum stabil
wanita bertudung labuh itu berkeras mahu pulang walaupun pelbagai nasihat aku berikan kepada beliau. tapi dia masih berkeras dan tak sudi pandang muka aku langsung.
HOW RUDE!!!
"encik, kalau bawa isteri encik balik, isteri encik ada risiko kena sawan yang boleh membahayakan nyawa. tekanan darah tinggi dan ada protein dalam urine berisiko untuk dapat sawan semasa mengandung. ada orang boleh meninggal disebabkan sawan tu" kataku kepada suami pesakit.
lelaki berjubah dan berserban itu marah kepadaku "Dokter, kuasa hidup mati bukan di tangan dokter. itu semua ketentuan ALLAH"
"saya bukan nak cakap saya ni TUHAN tapi, saya cakap isteri encik sekarang ni belum sihat sepenuhnya. tekanan darah masih tinggi. ada risiko boleh dapat sawan yang boleh menyebabkan kematian" tegasku. 
akhirnya, sebab dia nak jugak balik, pakar bagi dia AOR discharge (balik atas risiko sendiri/ at own risk)
"kalau dia tak sayang nyawa dia dan nyawa baby yang dia kandung, kenapa kita kena kisah?" kata pakar kepadaku..
"tapi semua nyawa pesakit penting, boss. takkan kita nak bagi dia balik walaupun kita tahu dia boleh dapat eklampsia bila2 je" balasku..
"kat hospital pun diaorg boleh dapat eklampsia atau baby tu boleh IUD (Intrauterine death). kita tak boleh paksa pesakit" jawab pakar.

masih banyak yang perlu aku belajar. 
masih banyak kesabaran yang perlu aku pupuk.

if i care too much, i will be hurt too.
but if i don't care, pity all of my patients.

but i am just a HUMAN.
kita hanya mampu berusaha, selebihnya terserah kepada ALLAH.

No comments: