03 April 2019

List barangan bayi


Hye.
Harini I nak share list untuk ibu mengandung.
Tak sangka, persiapan untuk bersalin tu sangat banyak!
Tapi mummies jangan risau.
Tak semestinya kena beli semua. Jadikan list ni sebagai panduan sahaja ye.
Alhamdulillah.
I am now a mother but not a wife anymore.
Apapun yang terjadi ada hikmahnya.
InsyaAllah I will be able to go through this!



 
I prefer large swaddle (bedung) sebab lebih senang nak balut baby.
Design swaddle skrg cantik- cantik. Best sangat beli barang baby ni.
Majoriti barang I beli online je since I kena halau dari rumah ex husband dan takde orang teman. But trust me, beli barang online lebih murah tau. Tak payah fikir nak drive, nak  cari parking, nak berjalan. Mama I x bagi beli barang awal- awal. Tapi bila dah mengandung 7 bulan tak larat la pulak. Hehe.




Pampers newborn I beli Malaysian brand- Manjaku.co. Baby kerap buang air besar jadi walaupun diaper tu murah, penyerapan dia bagus dan lembut pada kulit baby I.

Dalam persediaan breastfeeding, yang paling penting dan paling awal guna adalah Milk collector. Cara pakai dia, masa menyusu, lekapkan pada payudara yang lagi sebelah. nanti boleh keluar sampai 3 oz susu tau. Sangat mudah. Kalau tak pakai nanti habislah baju basah sebab susu meleleh.

 
Baby wrap / baby carrier? Ha, pilihlah sendiri mengikut citarasa anda. ada pro and cons masing- masing tapi yang penting ada. Since baby I suka melekap, kat rumah pun pakai baby wrap tu. Baby carrier I kena tunggu dia 5kg dulu baru boleh cuba.

Ziplock bag tu untuk asingkan baju baby dalam beg hospital nanti. Masa tengah sakit lepas bersalin tu, memang mudah kalau semua barang tersusun.



Untuk beg mummy dan beg baby, sebaiknya siapkan dari 32 minggu. I siapkan masa 33 minggu. Tiba- tiba 34 minggu kena masuk wad pulak sebab ada contraction. Nasib baik beg da siap. Angkut je la dua- dua beg.

Banyak sangat lompong dalam blog ni. Nak cerita nanti orang tak percaya cakap macam drama pukul 7 petang. Tapi itulah reality yang terjadi.



Apapun kepada bakal ibu semua, kuatkan semangat,
 jangan down and enjoy your pregnancy!



No comments: