12 August 2012

selamat tinggal

'lepas ni jangan cari i lagi' pintaku.
kau diam. lalu kau mengangguk lemah.
air mataku tak terbendung lagi di dalam kolam mataku

aku tersedu sedan.
sedu yang dikau sangka selsema ternyata datang dari tangis.
lantas aku melangkah keluar dari kereta merahmu.
dan terus melangkah tanpa menoleh.
(walau sebenarnya jauh di sudut hati aku berharap kau menghalangku pergi)


aku tahu kau tahu kenapa permintaanku sedemikian.
kerana selama ini yang kau gantungkan bukan hanya satu hati.

sudah berulang kali ku tanyakan.
mau dibawa ke mana hubungan kita?
yang pasti aku tidak mampu menjadi sahabatmu.
kerana yang aku mahu bukan itu.

tahukah kau...
bahwa setiap kali kau pergi, aku akan menangis merindukanmu?

dan untuk apa tangis itu?
kalau pada akhir saat kau tetap dengan dia.
dan aku masih sendiri?

aku tidak akan pernah membuat kau memilih.
sebab aku tahu jawapannya pasti bukan aku.
tapi aku tahu ini semua harus berakhir..
 selamat tinggal...


 

No comments: