pernah tak, tak sempat nak masak untuk berbuka tapi malas nak keluar atau nak pergi bazaar ramadhan?
ape lagi bazar ramadhan taman cempaka yang sangat sesak tu...
huuu...
i selalu je macam tu.
jadi solutionnya, terpaksa la masak simple2 aja.
contohnya murtabak mee sedap ni.
simple dan siap dalam lima minit!
sejak belajar kat indo, ni mmg masakan simple yg i plg suke.. huhu
cume perlu ada 5 bahan!
1. sebungkus mee sedap
2. dua biji telur
3. mayonais (option)
4. sebiji bawang besar
5. kacang buncis
mula2 rebus mee sedap sampai lembut
asingkan mee tersebut
panaskan minyak dan masukkan kacang buncis dan bawang besar
masukkan mee tadi dan serbuk perencah mee goreng tersebut
gaul rata dan asingkan
kemudian pukul telur dan mayonaise lama2 (supaya telur lembut)
masakkan telur tersebut
masukkan bahan yang digoreng tadi dan lipat dua telur anda
dan hasilnya, voila!
dapat makan mee sedap dalam masa lima minit sahaja!
selamat berbuka puasa kawan2!
No comments:
Post a Comment