08 February 2013

pejamkan mata (ARHJ Part 46)

"bila nak datang ni?" soalku kepadanya.
hatiku meronta2. 
dia terdiam. aku juga terdiam.
aku tahu soalan itu tak seharusnya aku tanyakan kepada dia.
bicara yang tadi ceria kini bungkam.
lalu talian dimatikan.
dan aku meneruskan langkah satu demi satu menuju ke tempat bertugas.
Ku pejamkan mata
kau hadir di sisi
ku hulurkan tangan
kau sambut dengan kasih
tenangkan lah hatimu
agar bisa ku senyum
pejamkan lah mata mu
jika rindukan wajah ku
satu SMS kuterima.
"kalau dah tak sanggup tunggu, cari je la orang lain"
aku terkesima. kad kuning pesakit asma dihadapanku kulihat berbayang- bayang.
arggh kenapa harus berkata sedemikian saat aku sedang menjalankan tugas?
kejam!!!!
mana mungkin aku tinggalkan dia.
mana mungkin hati ini mahu berpaling.
bukankah aku telah berjanji dia akan menjadi yang terakhir?
SMS demi SMS berbalas.
akhirnya, dia menghantar MMS ini:
"tapi kenapa tadi cakap mcm tu?" soalku.
entah" jawabnya ringkas.
Ku pejamkan mata
kau hadir di sisi
bisik mesra darimu
menyemai kasih mu
bahagiakan dirimu
agar bisa ku senyum
pejamkan lah matamu
ku pasti di sisi
 
dua hari telah berlalu.
dan setiap hari aku jatuh cinta kepadanya.
aku bertekad untuk memeluk hatinya erat2 dan tidak mahu melepaskannya biar satu milimeter.
p.s. semalam dia suruh dengar lagu 'pejamkan mata- Ronnie' sebelum tidur. 
lalu aku pejamkan mata dan menghayati setiap bait lirik lagu tersebut

Untuk dikau kasih
ku curahkan cinta suci
yang tak mungkin terpadam
akan terus membara
bahagia kan dirimu
bisa aku tersenyum
pejamkan lah matamu
jika rindukan wajahku
janjiku kepadamu
aku pasti di sisi..
p.s. UAI kata kalau rindu jangan cakap kat Facebook sampai orang termuntah. harap2 takde orang baca ARHJ sampai nak termuntah. ehe~


1 comment:

Anonymous said...

Hey There. I found уour blog using msn.
This is an eхtrеmеlу well written аrticle.
I will make sure to bοokmark it and return to read
more of your useful information. Thаnks for
the post. I will ceгtаinly cοmeback.


Feel free to ѕurf tо my sitе payday advance
Review my blog : payday advance