07 February 2013

the bitter truth of life

suatu hari, saat aku sedang memeriksa seorang lelaki berusia 30-an yang penuh berlumuran darah, seorang wanita datang menerpa. 
matanya terbuntang luas melihat darah dan muntah pada pesakit tersebut.
i have a strong feeling that she is the wife
"puan, sila tunggu di luar sebentar ya. nanti setelah periksa, saya panggil puan" ujarku.
dia meluru keluar dengan tangisan, membuat aku serba salah.

setelah pesakit dan persekitaran dibersihkan, si isteri masuk lagi ke ruang rawatan.
aku memberitahu keadaan suaminya agak kritikal. 
kesedarannya menurun dan perlu CT brain.
secara klinikal, aku pasti suaminya mempunyai perdarahan di otak.
"bagaimana keadaan suami saya dokter? stabil ke tak?" soalnya penuh harapan.
aku dan dokter lain berpandangan...
"tak" jawab kami sambil menggeleng kepala.
the bitter truth is much better than giving false hopes.
"then we'll just hope for the best, lah" kata dia.

setelah CT brain 'confrim' ada perdarahan, aku terasa lemah seluruh badan.
ini bukan kali pertama melihat kes sebegini.
tapi entah kenapa tangisan wanita itu berbeza.
aku seperti dapat melihat sinar cinta yang sangat jelas di mata beliau.

life can be cruel sometimes.

semoga wanita itu kuat menghadapi dugaan yang diberikan kepadanya.
AMIN.

*kadang-kadang, aku bersyukur aku memakai 'mask' sewaktu bekerja. selain dapat mengelakkan aku merasa loya dengan bau muntah dan bau lain2, dan mengelakkan penyebaran kuman melalui udara, ia juga dapat mengelakkan orang lain melihat air mataku yang mengalir saat melihat peristiwa sebegini*

No comments: