14 March 2013

500 langkah darimu (ARHJ Part 51)

"doktor, doktor kene 'accompany' pesakit 3A ke hospital S****** harini" kata staff nurse kepadaku.
aku menggaru kepala.
perutku mulai terasa senak.
terasa 'butterfly' penuh beterbangan di dalam perut.
"alamak?!?!?!?!?!" ujarku di dalam hati.
bukan kerana Aorta Abdominalis Aneurysm (3A) yang membuat aku kecut perut.
bukan juga kerana harus naik ambulans.
tapi lokasi itu... 

"abg, kita kene hantar pesakit ke Hospital S****** harini"
"ha? hahahahaha" dia tergelak besar. 
"eh, oklah. bye. nanti kita jumpa kt sana ye" gurauku.
kami ketawa lagi.
hampir 6 bulan bercinta, tapi belum pernah bertemu biar sekali pun.
tiba2 aku ditugaskan menghantar pesakit ke hospital tempat dia bekerja.
mana tak cuak!

setibanya di Hospital S******......
"awak kat mana?" tanya dia melalui SMS.
"klinik pakar" balasku.
"berdebar la" kata dia lagi.
"kenapa awak berdebar?"
"kerana awak 500 langkah je dari kite"
"awak kira ke berapa langkah? haha" 

SMS demi SMS berbalas.
aku risau dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja.
dan ternyata dugaanku tepat.

"Encik H*****!!" jerit seorang staff nurse di klinik tersebut.
mendengar nama pesakitku dipanggil, aku segera bangkit dari tempat duduk dan membawa pesakitku bertemu pakar.
 
"Hye doctor. this is a 50 year old patient. premorbid Nil. presented with back pain. then we noted a pulsatile mass on his abdomen and did ultrasound. noted aorta abdominalis aneurysm as big as 8 x 10 x 14 cm with 60% thrombosis. we had proceed with CTA and patient's blood pressure had been maintained at about 120/70 with IVI labetolol, which currently infusing at the rate of 65mg/hour."
panjang lebar aku memberi penjelasan mengenai pesakitku.

dua pakar meneliti CT scan pesakit tersebut. aku mendengar mereka berbincang dengan teliti.
akhirnya mereka membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan.
pesakit pada awalnya agak takut untuk menjalani pembedahan.
untung ada sokongan keluarga pesakit.
akhirnya pesakit dan keluarga bersetuju.
yelah, takkanlah nak balik dan risau setiap waktu?
triple A bila2 sahaja boleh pecah!!!!!

sementara itu di wad OnG....
seorang pegawai perubatan siswazah yang dari tadi sibuk ber'SMS' mula mengorak langkah keluar dari wad.
tiba2,
"J, mari sini" panggil seorang MO.
"alaaaaa" jelas terpancar kekecewaan di wajahnya.

di wad 6c...
aku cuba menelefon dia.
tapi tiada jawapan.
"ah, mungkin dia tengah sibuk" ujarku di dalam hati.

lalu perlahan2 aku mula meninggalkan wad tersebut dan menuju ke ambulans.
hujan lebat membuat hatiku terasa sayu.

dulu, dia pernah berkata 
"kalau hujan tu maknanya abang sayang kamu" 
"kalau tak hujan macam mana?" soalku.
"ala, mesti hujan la nanti" kata dia.
lima minit setelah itu, hujan turun membasahi bumi..
dan aku tersenyum merenung titis2 air di jendela.

ambulans perlahan- lahan meninggalkan hospital.
hujan lebat membuat jalan bertakung air.
tiba2 dia menefonku.
"kat mana? tak nak jumpa ke?" soal dia.
"eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geramnya... tadi kata jangan cari. ni tiba2 tanya macam tu pulak" bebelku kepada dia.
"tadi dah nak pergi wad 6c. tiba2 MO panggil" jawab dia. 

owh, can't he make our love story more dramatic?!?!?

pernah tak tengok drama yang ada dua org yang saling mencintai dan nak sangat jumpa tapi tak bersua?
huhu~

setibanya aku di Melaka, dia bertanya keadaanku.
dulu, mungkin aku akan sangat kecewa kerana tak dapat bertemu.
tapi sekarang alhamdulillah.
aku redha.
mungkin belum masanya untuk kami bertemu.
biar hanya 500 langkah dari dia atau 2 jam perjalanan dengan kereta, kami masih belum ditakdirkan untuk bersua.

semalam baru tahu dia tak dapat cuti pada minggu pertama April.
aku rasa macam nak nangis.
tapi air mata tak keluar..
mungkin sebab penat sangat sebab dah 36jam tak tidur.
tapi harini pun tak nangis.
dugaan ini kadang terasa berat.
namun ALLAH lebih mengetahui. 

sampai tiba masanya, kami akan bertemu jua.
InsyaALLAH.

No comments: