20 August 2013

my punching bag (ARHJ Part 63)

semalam birthday dia.
bulan lepas, dia kata nak bawak aku jalan2 masa birthday dia.
aku jadi excited sgt sbb 1st time nak jumpa dan dating!
tapi selepas beberapa hari, aku jadi ragu2. 
betul ke dia nak jumpe aku ni? macam tak percaya je.
ternyata firasatku betul.
so the plan was cancelled.
AGAIN!

i was so damn furious.
marah dan sangat2 sedih.
aku dah minta cuti dua hari semata2 tujuan itu.
sedih sangat bila dapat tahu semua hanya janji palsu.

mula2 hati memberontak.
nak lari dari Malaysia, tp dua hari tak cukup.
nak pergi Cameron atau Bukit Tinggi, tapi takut nak drive bersendirian ke sana.
akhirnya aku pergi tempat paling sibuk kat semenanjung, iaitu Kuala Lumpur.

semalam, setelah melewati tol Pedas Linggi, aku telefon dia.
marah2.
membentak.
mengamuk.
menjerit macam orang gila.
menangis teresak2.
tapi sekalipun dia tak tinggikan suara.
perbualan terputus dek kerana hujan lebat sampai hanya boleh bawak kereta 60km/jam dan terpaksa pasang lampu emergency yang berkelip2.

"AWAK TU YANG TAK MAHU JUMPA SAYA!!" jeritku.
"bukannye tak mahu jumpa selamanya," jawabnya lembut.
 ARGHHH!!!

on the way to KL, aku singgah ke hospital tempat dia bekerja.
niat nak jumpa dia sekejap.
tapi dia tak mahu.
dia hanya membiarkan aku menangis lagi dalam kereta.
menangis dan menangis lagi.
akhirnya aku pergi membawa diri.

masa tu, kepala pening tak tahu nak ke mana.
baru kutahu, memandu sambil air mata bergenang memang susah!!

lalu aku pergi menikmati lunch di Tony Roma. 
two fillet medallion medium cooked with bbq sauce, grilled shrimp, broccoli and mashed potatoes. drink: mint fruit dream. taste: amazingly delicious!
pergi shopping.
pergi tengok wayang.
pergi minum Starbucks.
hot cappucino with low fat milk plus free doughnut with caramel glaze. my new obsession (gambar hiasan)

i did everything that i had planned to do with him, even though he was not with me.
mujur ada teman baikku yang menemaniku.

"awak nak tinggalkan kite ke?"soal dia.
"YE!"

memang tak best marah2 orang.
apa lagi pada hari lahir dia.
rasa serba salah sangat.
tapi aku sudah tidak mampu menanti kehadiran dia. 

aku: awak pergilah cari orang lain yang  sanggup tunggu awak. kite tak layak untuk awak.
dia: tak nak.
aku: tak payah cari kite lagi.
dia: nak cari jugak.
aku: (eeeee.... degilnya dia!)

*waiting* (gambar hiasan)

aku: oklah. tak jadi nak  tinggalkan awak hari ni. nanti setiap birthday awak, awak akan sedih.
dia: habis tu...
aku: kita tinggalkan awak 25/8/13 la. 
dia: awak ingat kite ni barang ke?
aku: kenapa?
dia: ada tarikh luput macam tu.
aku: errr......
 
malam tadi, dia mesej aku.
katanya dia masih sayangkan aku.
(walaupun aku berkasar dengan dia pada hari jadi dia? hmmmm...)
katanya dapat berbual dengan aku dari pedas linggi ke midvalley adalah hadiah paling bermakna untuk dia (perli aku lah tu).



rasanya kalau orang lain kena tengking macam semalam, dah lame dia lari lintang pukang.
tapi dia tetap kuat macam 'punching bag'. 
ditumbuk sekuat mana pun masih tegar.
tapi hati aku dah terhiris dan terguris dalam.
dah penat berharap.

aku: ARHJ dah habis!
dia: belum. nanti kite akan sambungkan.
aku: awak sambungla sorang2!

awak, maaf ye.
kite nak bagi adik kite hadiah awak tu,
dan nak buat permohonan pindah ke Sarawak.
ini keputusan muktamad.
ok.
sekian, terima kasih. 

3 comments:

Anonymous said...

siapa hj beb. aku nk follow cte ko..
-hb

Anonymous said...

ainul, j ni.

ainulrhy said...

errr hb? j?
siape ye....