28 September 2012

Selamat hari lahir, mama

Who should I give my love to?  
My respect and my honor to?  
Who should I pay good mind to?  
After Allah And Rasulullah...
Comes your mother
Who next? 
Your mother  
Who next? 
Your mother  
And then your father



Selamat hari lahir Mama!!
Maaf kerana terlambat menyampaikan ucapan selamat hari ini.

aku terlalu leka dengan kerja dari awal pagi

walaupun aku tahu...

biarpun aku ada berpuluh pesakit di wad,

tapi aku hanya ada satu ibu.

yang seharusnya aku hargai lebih dari orang lain.

yang seharusnya aku utamakan lebih dari orang lain.

ni anak mama yang paling nakal. huhu ^^
tapi, hingga tengah hari, tiada apa- apa yang ku beri pada mama

Aku hanya memberikan kerisauan,

kebimbangan..kerinduan..

dan kekecewaan..

Maafkan aku, Mama....

Mama, Terima kasih atas semuanya yang kau berikan padaku..

Terima kasih kerana mendidikku..

Terima kasih kerana menyayangiku..

Terima kasih kerana mengajarku pelbagai ilmu..

Terima kasih kerana menjagaku saat aku sakit,

Terima kasih kerana menjahitkan baju untukku,

Terima kasih kerana memasak lauk kegemaranku..

Terima kasih kerana menyekolahkanku..

Terima kasih kerana menyediakan keperluanku..

Terima kasih kerana merinduiku...

Terima kasih kerana mendoakanku..

Walau aku banyak menyakitimu,

Walau aku banyak mengecewakanmu..

Walau aku memberi derita kepadamu..

Kau tetap menyayangiku,

dan memaafkan dosa-dosaku..

Selamat hari lahir mama..

Semoga Allah merahmatimu selalu,

Memberi hidayah dan petunjukNya kepadamu,

Semoga diberiNya kesihatan, kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosamu dan sentiasa mengasihanimu,

sebagaimana kau mengasihaniku sejak aku kecil,

Semoga Allah memberikan yang terbaik buatmu..

Di dunia dan akhirat.

Say Alhamdulillah  
Thank you Allah  
Thank you Allah For my mother.


p.s. this is a plagiat edited version from here. but i meant it all from my heart.

No comments: