05 August 2009

hye!



Aku baru minggu pert
ama di bahagian Kardiologi, tapi banyak benda 'aneh' yang berlaku.
Pertama, aku baca buku waktu di CVCU (Cardiolovascular Care Unit). Hal yang biasa pada orang lain tapi bagi aku, it's a Wow! Satu pembaharuan kerana aku memang selalu belajar last minit. Agak- agak, sampai bile aku rajin macam tu ye? Semoga semangat itu kekal sampai Minggu empat!
Kedua, Aku dah pandai baca ECG!!!!! Yeay!!! walaupun masih terkontang- kanting dan masih teragak- agak, tapi dah terer la dari sebelumnya! Lalala~ Dulu aku fikir, sampai bile2 aku akan pandang EKG macam garis2 halus yang pelik.


gambar ECG


Ketiga, shhh.... ni kene bisik jap.... aku tiap2 hari balik awal!!!!!!! ok, ini habit yang tidak perlu anda ikuti. tidak perlu juga anda kecoh2. Okay!!??!! (dengan muke garang macam Incredible Hulk)

Harini sebenarnye online sebab nak cari 'heart murmurs'. Pagi tadi Prof suruh kitorg dengar bising jantung sorang patient ni. Maka berpusu- pusulah para koass memakai stethoscope dan mendengar bunyi tersebut (kesian patient tu jadi bahan ujikaji). Kemudian Prof tanya, bunyi ape tu? Ade yang kata macam Ambulan "Tiiiit Tiiit'. Ada yang kata macam udara lalu botol cepat- cepat "whist whist". Dan ada yang kata macam bunyi burung banyak2 "Twiit twiit". Aku dengar macam bunyi wheezing "eeettt eeettt" (bilela pulak jantung ade mengi).
Jawapannya, 'seagull's sound". Pergi cari bunyi burung camar macam mana. Macam tulah bunyi jantung orang tu.
SUSAH ya nak kenal bunyi jantung yang patologis?
bunyi yang fisiologis tau la (bile bosan2 ambil stetoskop dan dengar bunyi jantung sendiri. bila dah dengar, aku berfikir "alhamdulillah, aku masih hidup. hahaha. Gila!)
Kardiologi agak rileks berbanding Neurologi. Tapi kene banyak inisiatif sendiri. Residen kat bahagian ni tak banyak macam kat bahagian lain. Tapi di bahagian ini kami banyak berinteraksi langsung dengan specialist (BEST!!!! Cuma mereka agak sibuk. *sigh)
Oh, cerita tadi belum selesai.
memang awalnya nak cari bunyi jantung. tapi entah kenapa tiba2 nak edit gambar. huhu... gambar di awal entry ini yang mula2 aku buat. biasa saja. aku memang takde bakat sangat. yelah, guna powerpoint je pon.
pastu datang idea gila aku setelah tengok gambar anatomi jantung.

Lihatlah:
.
.
.
.
.
BEWARE:
A lovely innocent face is not the only thing you may see in the next picture

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ehe~
oklah. terlalu banyak waktu terbazir hari ini.
aku harus belajar sekarang.
Chaiyok chaiyok Ainul!!!!!

No comments: