09 August 2009

i am soooooooo HOT!


sekarang pipi aku basah dengan air mata. bukan sebab tengah sedih. tengah gembira juga bukan. mata aku berair kerana terlalu lama menghadap komputer. dari tadi bloghopping je. aku pon lupe blog sape yang buat mate aku berair sebab susah gile nak bace tapi cerita dia besh tahap cipan. takpe. nanti aku dah ingat aku beritahu.
ok. sekarang berkait dengan tajuk. sejak dua tiga hari ni aku rase aku dah bertambah cantik dan HOT! wow! (mode perasan:ON)
ok ok. maaf ya terlalu berlebihan (orang indonesia cakap berlebihan tu LEBAY)

sebenarnye aku tengah HOT sebab Makassar terlalu panas. dah lama tak hujan!
oh aku sangat rindu bau bumi dibasahi hujan. sangat FRESH!
aku nak cari dukun panggil hujan (eh, bomoh.. bukan dukun). tapi aku tak kenal sorang pon bomoh kat sini. nanti la aku cari. asal jangan terjumpa Noordin M top sudahlah (dia terrorist disini. harini kecoh dia dah mati kene tembak.)
tapi kan.... siapalah sengal sangat nak cakap
"saya noordin. jangan bunuh saya!"
(ini berita HOT hari ini di TV dan radio)

budak kecik pon tahu diam bila polis tanya apa2 sebab takut kene tembak.
sama macam budak kecik takut nak cakap dengan dokter sebab takut disuntik.
ces! ibubapa sekarang sangat pandai mengajar anak. aku jugak yang susah bile budak2 menangis bila tengok aku pakai white coat.
'takkan dengan dokter yang cun dan super HOT macam aku pon nak nanes?? penat aku bagi senyuman manis macam gula.
(air mineral dalam bilik aku selalu dihurung semut sekarang. adakah semut sekarang tak suka gula dah? nanti aku nak try tauk gula dan air mineral. aku rase air mineral yang semut2 tu pilih. mungkin semut2 itu rasa HOT dan nak menyelam kejap dalam air)

aku tak tahulah kenapa sekarang aku asyik rasa HOT sangat. banyak dosa kot. ganti posa pon belum setel. (astaghfirullahalazim!! Ainul! da nak dekat bulan ramadhan ni! kenapa belum ganti2 lagi!)
ok. esok aku ganti. shadap, okay!
aku rasa aku mungkin ada Diabetes mellitus (kencing manis)
aku selalu haus, sering rasa lapar dan sering kencing. (ok, yang terakhir harus di'cencored')
teringat aku kat ujian Neurologi dua minggu lepas.
dalam anamnesis aku kene tulis 'pasien mengeluh sering haus, cepat merasa lapar dan sering kencing' instead of 'pasien ada riwayat kencing manis'

aku tulis anamnesis dekat separuh page kertas A4, tapi aku hanya dapat markah 79. lagi satu je nak dapat A! buat aku HOT je! frust sebab aku baca Tetanus dan Rabies tapi yang dia tanya 'berapa percent glukosa dalam cairan serebrospinalis
menurun pada pasien Meningitis TB'. aku cuma tahu glukosa menurun, tapi aku tak tahu berapa percent. ces! kecewa sungguh! (jawapannye 70%)
adakah soalan ini penting untuk aku jadi dokter umum?
jawapannye :tidak.

adakah aku boleh protes?
ko nak mampos lawan specialist!?!?!?!?!

nanti dia suruh aku ulang kat Neurologi pulak! haishs... bertambah satu lagi cerita HOT. "Seorang mahasiswa Malaysia disuruh mengulang gara2 melawan specialist".
:gosip sangat cepat beredar di hospital. cubalah buat hal. pasti anda akan berjaya menjadi terkenal hanya dalam satu hari: HOT tips nih! sila REDMARK kan kata2 ini ya.

minggu ni semua berbual mengenai 'naik tingkat'. aku baru kat tingkat satu. satu tahun naik tangga tertatih2 baru boleh sampai tingkat dua.
TINGKAT SATU:

Pediatric 9 minggu

Jiwa 4 minggu

Internal medicine 11 minggu (aku ambil ni 16 minggu gara2 kene ulang)
Kulit 4 minggu
Neurologi 4 minggu

Kardiologi 4 minggu
Radiologi 3 minggu
oh aku sangat jeles! tapi takpe. slow and steady ye Ainul. yang penting STRESS METER masih menunjukkan indikator LOW.
kalau dah mendidih macam HOT boiling water boleh tambah terbakar aku. dahlah makassar memang HOT!

banyak sangat aku membebel sekarang.
aku patut berhenti sekarang.
nak pergi mandi.

(patutla ke'HOT'an. belum mandi rupenyer)

iskiskisk


jam 2030

atas tilam yang bersepah dengan teddy bear kura2, dinosaur dan CJ7.

No comments: