"dah suruh BF kau baca Panduan Mengahwini Seorang Doktor?" soal sahabatku yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.
"tapi dia kan doktor jugak. kene jugak ke suruh dia baca? hmmmm..." tingkahku.
tapi penasaran (1) juga bila dengar judul dia!
lantas aku membuka saifulislam.com dan membaca artikel tersebut.
hmmm.. bagus juga artikel ni!
paling aku suka adalah bahagian ini:
3. KESIBUKAN
Kerja lain pun sibuk juga. Tetapi bekerja sebagai doktor memang sibuk.
Namun sibuknya hanya seketika, di beberapa tahun permulaan bekerja. Ketika houseman (internship), ketika menjadi pegawai perubatan (MO), ketika tahun pertama hingga keempat semasa mengikuti program Sarjana Klinikal hingga berjaya menjadi pakar. Semasa beliau menjadi pakar, beliau masih sibuk, tetapi Insya Allah ketika itu anda juga sudah menjadi pakar menguruskan kesibukan diri dan isteri.
Jadi, jangan terkejut dengan kesibukan, menyalahkan kesibukan, marah-marah dengan kesibukan kerana ia sesuatu yang sepatutnya sudah ada dalam jangkaan. Mana mungkin semasa memandu di lebuhraya, tiba-tiba and terkejut melihat plaza tol! Memang ia sudah ada dalam jangkaan. Sediakan siling atau touch and go, sampai waktunya, bertindaklah seperti yang sepatutnya.
part ni pun best jugak ^^
KESIMPULANMahu hebat, mesti berani mendepani risiko. Tidak boleh berjiwa pesakit lagi berpenyakit.Berkahwin dengan doktor, sangat besar khasiatnya untuk seorang lelaki hebat yang bersemangat nak masuk SYURGA ALLAH.Nak tak?
p.s. tersenyum sendiri baca wall Kelab Suami Doktor.....
tiba2 teringat suatu hari, saat aku gagal untuk membuka mata saking (2) penat shift post night, hingga aku tertidur saat berbual dengan dia.
tiba2 dapat SMS 'touching' macam ni..
masa tu takde niat pun nak menjauh. otak hanya fikir nak tidur.
tapi aku faham perasaan dia.
bila aku free, dia tengah kerja.
bila aku kerja, dia tengah free.
bila ada masa pula, sibuk nak meng'qada' tidur.
orang kerja shift memang macam ni...
huuu~
p.s. tak boleh mengeluh sebab dah cakap kat dia "i love my job"... huhu~
p.s.s. tak sabar nak jadi M.O. nanti dah tak perlu kerja shift!
yeay!
Love me without fear
Trust me without questioning
Need me without demanding
Want me without restrictions
Accept me without change
Desire me without inhibitions
For a love so free....
Will never fly away.
Trust me without questioning
Need me without demanding
Want me without restrictions
Accept me without change
Desire me without inhibitions
For a love so free....
Will never fly away.
- Dick Sutphen -
footnote:
1. penasaran = curious (3)
2. saking = oleh kerana (3)
3. dua2 perkataan ini adalah bahasa Indonesia.
No comments:
Post a Comment