23 November 2012

bukan luar biasa (ARHJ part 31)

aku ini hanya insan biasa,
yang seperti donut.
keras diluar,
tapi di dalam lembut...
dan juga manis bila ditaburi gula =)

aku ini hanya perempuan biasa- biasa saja,
yang menangis bila tengok cerita "If Only",
walaupun dah tengok banyak kali.

aku ini kata kamu golongan kedua.
yang tak reti nak pakai tudung labuh,
tapi suke pakai shawl lilit- lilit kepala.

aku ini hanya orang biasa,
yang sabarnya terbatas,
yang kadang cepat melenting,
dan tak terlepas dari membuat kesalahan.

aku hidup dalam dunia biasa,
di mana bukan semua benda boleh diubati dengan ubat.
aku sedar aku bukan di dalam cerita "Tangled",
di mana sekuntum bunga boleh mengubati semua penyakit, 
dan rambut panjang melesau di lantai tak nampak serabut dan kotor....

Aku ini seorang yang degil....
tapi degil ini yang membuat aku bertahan hingga kini!
biar apa tingkah isi hati,
aku tetap mahu menunggu.
dan terus menunggu.

terus terang, aku hanya seseorang yang ingin dibimbing oleh tangan dan hati kamu itu.



p.s. i know that u know what i want to know. so when the right time for me to know, please let me know what i need to know...


1 comment:

Anonymous said...

Major thanks for the article. Will read on…

[url=http://susa.filmy-love.org/] pay day loans[/url]

payday uk