24 August 2009

janji trombus



adakah kau tahu?
janji2 mu itu ibarat trombus,
yang menyumbat arteri koronerku,
hingga dadaku terasa sakit,
perih sekali.

pasti kau tidak sedar,
saat udara menyusup di antara plica vocalismu,
hatiku juga bergetar,
menahan amarah,
dan BENCI.

kau sudah lama pergi,
tiada lagi namamu di hatiku,
tapi kau tidak pernah luput dari memoriku,
dan aku juga tidak mahu melupakanmu.

Ooppsss..
jangan salah sangka, ya.
aku sudah tidak mahu menari di atas awan cinta denganmu.
tidak.
bukan itu mahuku.

Aku hanya mahu namamu terukir jantungku,
sebagai peringatan kepada diriku,
yang hatiku pernah hancur.
luluh seperti lilin di bakar.
perlahan tapi pasti.

Kau tahu tidak,
jantung kalau terluka...
tidak akan pernah sembuh!
biar kau beri cincin,
atau kau ubati dengan trombolitik,
semua sudah terlambat!

ya, aku tahu,
masa akan memulihkan luka itu.
tapi aku tidak mahu begitu,
Kerana jantung yang diperbaiki oleh tubuh tidak akan sempurna,
malah..
menjadi lebih parah!

jantung itu sangat rapuh,
itu pun kau tak tahu ke?



p.s. sekarang sudah bulan puasa. aku berharap supaya kau berhenti untuk menipu kaum Hawa.
kalau saat aku sudah kembali ke tanah air kau masih tidak berubah,
I'll see you in court, Mr. ConMan.

pic from here and here

8 comments:

Farah said...

mr.conman?
siapakh itu
*curious*

ainulrhy said...

hihi..
adela.....
nanti sebut name sebenar boleh menimbulkan spekulasi pulak.
he's my ex bf yg berpura2 sebagai successful guy tetapi sebenarnya hutang dan awek keliling pinggang.

lelaki yang suka mengayat memang tak boleh dipercayai!

huhuhu...

Farah said...

owh.yeke?
eh2.encik a----- mcm 2 juga ke?

ainulrhy said...

manela i tau. dia kat umah diam je. tanye sepatah jawab sepatah...
hahaha....
just follow your heart, ok...
ehe~

Fairpark Boy said...
This comment has been removed by the author.
Fairpark Boy said...
This comment has been removed by the author.
ainulrhy said...

@ fairpark boy: salam! yup, am a med student in indo. you may ask here. but i will email you later ok...

ara said...

owh.huhu.dye selalu crte dye baik ngn u.pling rapat.:P