31 December 2012

Taman Botanikal Melaka ada dinosaur?

tahu tak kat Melaka ada dinosaur!!!!!!!!!
(saye memang jakun sikit)
gugugugu
sebelum masuk ke alam fantasi penuh dinosaur, ada seekor harimau garang menyambut kedatangan kami...
macam2 dinosaur ada kat sini...
ada yg terbang...
 ada yang macam mammoth...
panjangnye leher diaaaaaa
kami nak curi telur dinosaur!
bukan dinosaur je yang ada di Taman Botanikal Melaka ni.
ada juga patung 'live size' cerita pendek kanak2.
contohnya kisah arnab dan kura2.
eh ada manusia di situ?
dan ada mushroom sangat besar!
saya nampak kecil di sini. 
yeay!

air terjun pun ada tau...
dan tempat fav saya adalah di sini =)

cantik, kan?
jambatan gantung pun ada? kan saya dah cakap kat sini macam2 ada!
saya tak tahu ini apa tapi benda ni sangat best!!!!!
fuh!
memang best pergi sini.
dahla free...
dapat jogging sambil bermain2 dengan dinosaur pulak tuh...
best kan, kan!
jom amalkan gaya hidup sihat!
^^


29 December 2012

Y.E.S. and yes!

hye!
semalam pergi dating dengan yad.
and i fell in love instantly with this cute 4 owls!
siap ada free gift bantal kuning dan pen  ^.^
comel kan, kan?
sebenarnya keempat2 burung hantu ini adalah 'hand cream'

lepas tu dapat free calendar yang sangat girlish

every item buy one free one in Etude House now..
oh, saya sangat suka YES (Year End Sale)!

balik rumah je, bagi mama yang warna kuning, Aizza ambil warna hijau, dan sy mestilah nak yang warna pink!
Alip golip sibuk nak jugak jadi dia ambil warna biru...
huhu..
ini gaya makcik rambut besar, kata Alip
oh ya, sekarang dah duduk dengan family memang best.
antaranya best sebab ada orang teman saya jogging dan main di playground di Stadium Tun Fatimah
kenapa Alip harus interframe gambar saya!! oh tidakkk!!!!
Alhamdulillah, my life is more organized and happy now.

kotak terakhir baru habis kemas malam tadi.. huhu~

and guess what?
Isnin ni list MO akan keluar!
oh, macam tak percaya dah nak habis housemanship! 
lepas ni kat manalah dokter Ainul yang berjam merah dan stetoskop merah 'tercampak' ye?
hopefully saya akan jadi MO OnG!
Aminnn~
 


kenapa saya cengeng sangat? (ARHJ part 40)

semalam aku bermimpi buruk.
dan saat dia membangunkan dari tidur pagi ini, hati masih terasa sangat berat.
seolah- olah dia telah betul2 meninggalkan aku sendiri.
dan tanpa disedari air mata mengalir di pipi...

suatu hari, aku bertanya kepada dia;
"kenapa saya 'cengeng'1 sangat?"

dan ini jawapan dia;

1. Allah kuatkan bahumu untuk menjaga anak2 kita.

2. Allah lembutkan hatimu untuk memberi rasa aman dan tenang.

3. Allah kuatkan peribadimu untuk terus berjuang di saat yang lain menyerah.

4. Allah berikan naluri untuk mencintai seseorang dalam apa jua keadaan.

5. Allah kuatkan batinmu untuk tetap menyayangi walau disakiti orang yang kamu sayang

aneh. apa pun yang terjadi, dia tetap akan mampu membuat tangisku berhenti dan kembali tersenyum girang dan ketawa sampai terbatuk2.
huhu~

Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada. 2


 footnotes:
1. cengeng = kuat menangis, kuat merajuk

25 December 2012

3 purnama (ARHJ Part 39)

hari ini....
genap 3 purnama dia bertanya kepadaku apakah aku sudi menjadi 'future zaujah'1 dia.

oh, ya. dah lama cerita lupa nak kenalkan siapa 'dia'.
kepada yang teringin nak tengok macam mana rupa dia, sila baca cerita ini sampai habis, ya. ^.^

seakan baru semalam aku menangis seharian dan bersungguh- sungguh.
saat itu merupakan detik terpenting dalam hidup aku dan aku sangat sukar untuk membuat keputusan.
sebab aku tahu, saat aku setuju untuk menerima dia dalam hidup aku secara serius, aku juga harus memperbaiki diri.
dan aku takut aku tidak mampu.

tapi akhirnya aku membuat keputusan untuk berusaha menjadi seorang wanita yang terbaik untuk dia. 

saat itu, jangan kan berjumpa, dengar suara pun tak pernah!
sekarang dah dekat 3 bulan, tapi masih belum jumpa.
kata dia,kena sabar sampai tahun depan....
huuu~
walaupun tahun depan hanya beberapa hari saja lagi, tapi kadang- kadang aku berfikir, sampai kapan aku harus menunggu?

hiks......

hari ini...
aku merasakan sabar aku sudah di hujung tebing.
dan secara tidak sengaja aku meninggikan suara.
kali pertama aku memarahi dia.
kata dia, aku marah macam anak singa yang baru berusia 2 minggu.
errrr....
maaf ye awak.
saya tak sengaja nak mengamuk sambil menangis tadi.
habis awak kene dengar saya membebel dengan suara serak sebab batuk belum baik.
huuu~

 
p.s. anyway, as promised, 
inilah dia si pencuri hati saya ^.^
ahaks
^.^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
i need a hug.
not just a normal hug, 
but one of those tight hugs that takes my breath away, 
gives me butterflies,
and makes me smile like crazy.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


footnote: 
1. zaujah = isteri

22 December 2012

melankolia (ARHJ part 38)

pengalaman hidup kadang- kadang membuatkan kita 'kurang percaya'1 pada cinta.
memang benar senang untuk kita berbicara, tapi untuk merasai betapa perihnya harapan dimusnahkan, memang perit.
dan apabila kadang2 tiba2 emosi sentimental itu menyelubungi dirimu, dan akan keluarlah soalan aneh seperti
"macam mana kalau kita tiada jodoh?"
"kalau tak sempat, macam mana?"
"kenapa cintakan orang yang belum pernah jumpa?"

ok.
persoalan sekarang adalah, adakah kita tahu siapa jodoh kita yang tertulis di luh mahfuz?
rasanya tak perlu nak jawab sebab semua orang tahu jawapan dia.
kita kan hanya mampu merancang...

aku tahu suatu hari nanti kita akan berpisah jua.
tapi bukan itu yang membuat aku bungkam apabila kamu bertanya soalan sedemikian.
yang membuat aku menangis adalah kerana aku baru saja menyedari betapa cepatnya aku merasa sedih apabila memikirkan hidup tanpa kamu.
memikirkan saja sudah cukup membuatkan aku sedih, belum lagi mengalami.
dan kerana itu aku sangat tidak suka menangis sebelum tidur.
kerana takut itu kali terakhir kita berbicara.
tapi setelah lima minit, kau akan menghubungiku kembali dan akan membuatkan aku lupa perasaan sedih tadi.

"masanya belum tiba" itu kata2 kamu bila aku bertanya bila kita akan bertemu.
entah bila masa itu akan tiba.
aku juga tidak pasti.
kadang aku hampir putus asa,
tapi aku buang perasaan itu jauh2.
dan kalau benar kamu katakan yang kamu juga mahu menemui aku dan kamu juga merasa tersiksa seperti aku, dan takut aku meninggalkan kamu kerana kita tidak pernah bertemu, jadi kamu yang harus melakukan sesuatu.
kerana aku telah menyerahkan hatiku kepada kamu.

dalam kita melangkah terkadang diuji dengan 
ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. 
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri 
kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana ia mahu kita menjahit kembali 
sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan.. 
semoga kita tabah dan ditetapkan iman.  
InsyaALLAH.2




footnotes:
1. bukan tidak percaya, tapi kurang percaya. beza tu =)
2. ayat panjang ini diberikan kepadaku oleh kakak dia.. huuu~. thank u, kak! =)

duduk diam2 dalam hati (ARHJ part 37)

Him:
jangan pergi mana2. 
stay with me can ahh?

Me:
tempat paling selesa untukku adalah di dalam hati kamu


Him:
*locked you in my heart*

wahai sayang.. aku menyimpanmu di dalam hati..
hati yang  juga kugunakan untuk berdoa..
agar bila Allah melihat isi hatiku, Allah juga sudi melihat kamu ;)

20 December 2012

work work and work!

hye...
lama tak berceloteh pasal kerja.
the truth is, Emergency Department (ED) super duper sibuk!
balik kerja tidur, lepas tu kerja balik.
sampai demam2 dah saya ni...
hiks..
pernah satu shift malam tu ada 9 kali CPR!
sakit gila pinggang menekan dada patient.
bukan nak mengeluh, tapi kadang2 rasa macam nak menangis sebab penat sangat (dah menangis dah pun)
ok.
saya memang cengeng.
rasa kene kuatkan stamina kalau nak duduk ED nih.
semangat pun kene kuat.
memang mencabar.
tapi menarik sebab dapat banyak skill.
dapat buat banyak prosedur seperti Central Venous Line, Intubation, chest tube (saya pernah pasang chest tube pada pesakit yang sedang di CPR... awesome tak?) dan short line.
dulu masa kat department lain tak pernah dapat peluang untuk buat semua tu.
*maaf terlalu banyak medical term. tak larat nak explain semua. sila google sendiri ye*
setiap kali habis kerja, badan rasa macam kene pukul bertubi2.
huuu~
lagipun rumah tak habis kemas lagi.
FYI, i just moved in with my family in Melaka.
finally my parents are staying in Melaka.
wohoo!

ok, i need to rest again.
my body's temperature is still spiking and i'm working double shifts tomorrow.
huwaaa~


12 December 2012

kalau hati sudah terlalu rindu (ARHJ part 36)

saat aku sedang bekerja, kadang2 kalian boleh menemukan aku khusyuk menulis sesuatu di atas kertas ECG yang di'reject'.1

"apa kau tulis tu" soal temanku sambil menjengah ke arah kertas di hadapanku.

cepat2 aku menutup kertas itu dan tersenyum.
"ini draft untuk blog aku la"

ya, aku memang seorang blogger yang tegar.
di mana ilham datang, 
di mana aku ada masa terluang biar sedikit, 
di situ aku akan mengubah picisan hati menjadi cebisan kata2 yang akhirnya akan aku taipkan di dalam komputerku.

suatu hari, semasa menulis 'draft' seperti biasa, tiba2 air mata jatuh di pipi.
rasa hangat je.
lepas tu aku letakkan tangan kanan di dada kiri dan cakap "astaghfrullahalazim. aku tengah kerja ni.".
 
sebenarnya, 'dia' yang ajar aku buat macam tu.
masa tu aku cakap aku rindu sangat kat dia.
dia cakap dia selalu buat macam tu kalau dia rindukan aku masa tengah bekerja. 
yelah, tengah kerja kenalah fokus, kan, kan?

orang kata, 'don't fall in love, but raise in love'
cinta tak seharusnya membuat kita leka di dunia kita sendiri.
jadi kita harus berpijak di alam realiti dan hidup dengan orang di sekitar kita.

sebab itu mata jangan hanya melihat cinta.
hati jangan hanya merasakan cinta,
otak jangan hanya memikirkan cinta. 

ada orang bijak pandai yang berkata, Wherever there is Love, there is also Wealth and Success.
maksud di sini yang aku faham adalah bila kita mencintai seseorang, kita akan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk berjaya.
kalau hanyut melayan perasaan setiap masa, apakah kejayaan akan datang bergolek di depan mata atau jatuh dari langit begitu sahaja?
tak mungkin, kan, kan?
kita hidup banyak tujuan.
renung2kanlah.
okay? ^^
 

footnote:
1. ECG (electrocardiogram) merupakan proses diagnostik untuk penyakit jantung yang mudah dan cepat. tapi kalau pesakit bergerak, selalu terpaksa print balik =(


06 December 2012

my flaws are perfect? (ARHJ part 35)

dia kata...
takpe aku suke merajuk, 
sebab boleh naikkan rating sabar dia.

dia kata...
takpe aku sensitif, 
sebab itu sifat muslimahku.

dia kata...
takpe aku garang bila tak kenal betul- betul.
sebab garang2 kat ajnabi(1) it's okay.

dia kata...
takpe aku nangis tak kira tempat.
sebab ada banyak je tempat yang kene dengan manja dan degil aku.

dia kata...
takpe aku rapuh.
sebab dia tahu aku pernah dikecewakan sangat teruk.
dan dia tak mahu aku kecewa lagi dalam hidup aku.

cuma, 
aku harus sabar lagi 20%.
sebab cara dia lain.
dia tak nak dating + tgk wayang + pergi makan sebelum mendirikan rumah tangga macam orang lain.

True love does not come by finding the perfect person, but by learning to see an imperfect person perfectly - Jason Jordan 

you know what, i believe i have found my true love~


footnote:
1. ajnabi = bukan muhrim

02 December 2012

jawapan kepada 10% pertanyaanku (ARHJ part 34)

bukan hebat yang aku idamkan.
tak juga ala2 superwoman.
aku hanya inginkan INSAN BIASA untuk menjadi teman sewaktu aku gembira dan mengalirkan mata.
aku berdoa agar kamu adalah jodohku yang tertulis dia luh mahfuz itu.


psssttt.........                   
1. ini adalah kata2 dia setelah membaca ARHJ part 31
2. dia memang manis seperti ~gula~, kan, kan?
3. awak, cepat2lah jumpe mama dan babah saya. erk $%#@^*& *ketuk kepala sendiri*

01 December 2012

suuuuurrrpriseeee! (ARHJ part 33)

it's amazing how an uneventful morning can turn 360 degrees with a simple surprise.
i still remember the event just like it had just happened a minute ago.
i was scheduled for a morning and night shift on that day. 
nothing was different than my routine on a morning shift.
woke up late as usual (6.30am is late compared to my colleagues).
take a bath.
perform Subuh prayer.
not having the chance to take a sip of coffee even though i really want it because i'm already late.
driving my beloved car without heating the engine up.
punch card a minute before 7.30 am.
chit chatting with friends.
doing rounds with specialist.

yeah. that's just me on a normal morning.

but we had a CME (Continous Medical Education) on that day.
and during the CME i got a SMS from him, asking me to take something from the guard at the department's entrance.
i was surprised. 
what could it be?
he said that he had bought something for me and asked someone to give it to me.
since then, i couldn't focus my mind on the CME anymore.
my heart was beating so fast i swear if u did an ECG you will get a sinus tachycardia.

after the CME, i quickly rush to the guard.
"did anyone left anything for me?" i asked the guard.
"what? no. no. nothing" she answered.
"owh" i answer with a sad face.

when i turn around, suddenly someone call my name and said "hey, there's something for u. i put it on the table at asthma bay."
instantly, my sour face become as sweet as the handmande 'sticky' candies.
i hopped to the table (not hopping like a rabbit. though i was born on the year of rabbit, please bear in mind that i am a human)
but when i reach the table, i was shocked to see that other than yellow cards that belong to asthmatic patients, nothing was there.

i began to wonder.... where is my surprise? 

"did someone left anything for me?" i asked the staff there, with a hope higher than mount everest.

"oh ya." she slapped her head.
"here!" 

she handed me a brown paper bag with a cute teddy bear image.
i was so happy!
i peek inside the paper bag and i saw this!
yeay!
thank you for a lovely surprise, dear. 
u made my day ^.^
lalalala~

p.s. you said that the 'milk boy' is as cute as you. but as long as i can remember, you did not have squint eyes, right? =p

my darling angel (ARHJ part 32)

suatu hari, aku terlihat seseorang.
dia duduk di atas kerusi batu,
dengan air mata mengalir pantas di pipi,
dan sedu yang tertahan- tahan,
di bawah pohon bunga merah jambu,
di sebalik dinding,
bertemankan seekor kucing hitam yang menggesel manja di kakinya.

white coat separas lutut membaluti dirinya,
sekaligus meneutralkan terang merah bajunya.
stetoskop merah yang tergantung di lehernya dikalih.
mungkin kerana bahunya terasa berat.
entah berat kerana beban fizikal atau beban perasaan, hanya dia yang tahu.

kulihat tangan kiri yang dihiasi jam merah memegang telefon bimbit merah jambu.
riak wajahnya sebentar masam seperti asam jawa, 
sebentar sedih penuh hiba,
tapi kadangkala dipecahi ketawa dalam tangis.
aku jadi tertanya- tanya....
entah apa yang dia bicarakan dengan insan yang di talian sebelah sana.........

tapi setelah perbualan itu, aku terdengar dia menyanyi "you are my angel, you are my darling, angel"
sebenarnya, lagu itulah yang lelaki di talian nyanyikan untuk dia saat dia menangis tadi.

setelah sekian lama, talian dimatikan. 
tapi aku dapat merasakan hatinya tetap di sana.
namun tangunggjawab harus tetap dilaksanakan.
perlahan- lahan kulihat doktor itu melangkah berat meninggalkan pohon dan kucing itu.
selangkah demi selangkah...




p.s. 'dia' adalah aku. tapi aku tidak mahu menjadi 'dia'
maafkan aku telah membuat kamu kecewa pada saat itu.
aku berjanji aku akan lebih tabah.
doakan aku ya ^.^