22 December 2012

melankolia (ARHJ part 38)

pengalaman hidup kadang- kadang membuatkan kita 'kurang percaya'1 pada cinta.
memang benar senang untuk kita berbicara, tapi untuk merasai betapa perihnya harapan dimusnahkan, memang perit.
dan apabila kadang2 tiba2 emosi sentimental itu menyelubungi dirimu, dan akan keluarlah soalan aneh seperti
"macam mana kalau kita tiada jodoh?"
"kalau tak sempat, macam mana?"
"kenapa cintakan orang yang belum pernah jumpa?"

ok.
persoalan sekarang adalah, adakah kita tahu siapa jodoh kita yang tertulis di luh mahfuz?
rasanya tak perlu nak jawab sebab semua orang tahu jawapan dia.
kita kan hanya mampu merancang...

aku tahu suatu hari nanti kita akan berpisah jua.
tapi bukan itu yang membuat aku bungkam apabila kamu bertanya soalan sedemikian.
yang membuat aku menangis adalah kerana aku baru saja menyedari betapa cepatnya aku merasa sedih apabila memikirkan hidup tanpa kamu.
memikirkan saja sudah cukup membuatkan aku sedih, belum lagi mengalami.
dan kerana itu aku sangat tidak suka menangis sebelum tidur.
kerana takut itu kali terakhir kita berbicara.
tapi setelah lima minit, kau akan menghubungiku kembali dan akan membuatkan aku lupa perasaan sedih tadi.

"masanya belum tiba" itu kata2 kamu bila aku bertanya bila kita akan bertemu.
entah bila masa itu akan tiba.
aku juga tidak pasti.
kadang aku hampir putus asa,
tapi aku buang perasaan itu jauh2.
dan kalau benar kamu katakan yang kamu juga mahu menemui aku dan kamu juga merasa tersiksa seperti aku, dan takut aku meninggalkan kamu kerana kita tidak pernah bertemu, jadi kamu yang harus melakukan sesuatu.
kerana aku telah menyerahkan hatiku kepada kamu.

dalam kita melangkah terkadang diuji dengan 
ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. 
peritnya terasa tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri 
kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana ia mahu kita menjahit kembali 
sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan.. 
semoga kita tabah dan ditetapkan iman.  
InsyaALLAH.2




footnotes:
1. bukan tidak percaya, tapi kurang percaya. beza tu =)
2. ayat panjang ini diberikan kepadaku oleh kakak dia.. huuu~. thank u, kak! =)

No comments: