21 June 2009

aku mahu cermin ajaib

wahai cermin ajaib
tunjukkan pada aku......
siapa yang paling cantik di abad ini?
(kalau kau tunjuk muke snow white, aku pecahkan kau!)
hehe...
takdelah.
hmmmm...
kalau aku ada cermin ajaib................
aku tak nak tahu siaaaaaapa yang paling cantik.
aku cuma nak tengok
detik2 indah....
saat tangan kecilku dipimpin oleh babahku tersayang
















photo from link


dan aku teriiiiiiiiiiiiiiiingin sekali
untuk melihat aku di saat kecil yang riang bermain buaian
buaian yang hanya dapat aku nikmati saat babah memakai kain pelikat
tidak dijual di mana2 tau buaian tu!

aku mahu melihat saat tangan kecilku menghulur tangan kepada babah

dan disambut mesra oleh babah lalu aku didukung erat.

pasti aku rasa sangat bahagia saat itu, kan? kan?

aku juga ingin melihat bagaimana aku dahulu yang tidak pernah lupa menyalami tangan babah setiap kali pergi sekolah, setiap kali babah pulang kerja, dan setiap kali sebelum tidur

dan setiap salaman akan diikuti dengan ciuman di pipi dengan ucapan

“Pergi dulu/good night babah.... Assalamualaikum!!”






aku memakai baju dan kasut babah. ehe~

aku mahu melihat semua itu

kerana sekarang sudah sangat berbeza

aku juga bingung....

Kenapa setiap kali pulang,

aku hanya menyalami dan mencium tangan babah

Rasa segan nak cium pipi babah

Kalau SMS pun selalunya sms Mama

SMS babah kalau nak tanya pasal duit je

Aku tidak tahu bagaimana mahu mengekspresikan kasih sayang terhadap babah

Kelu. Bingung. Janggal.

*sigh

Aku masih ingat,

Babah sering memberi kata semangat kepada aku

Babah pernah menulis kata2 ini saat aku di MRSM;

S.T.U.D.Y.an acronym for

Strive Today Until Deed Yield

photo from link

Dan ada juga satu saat lain yang takkan kulupakan, iaitu saat aku merasa lelah dengan semua yang berkait dengan perubatan dan terasa seperti mahu berhenti. (lihat entri ini)

Komen babah membuat aku kembali berpijak di dunia nyata dan mengubah persepsi aku mengenai banyak perkara.

aku sangat2 beruntung memiliki seorang ayah seperti babah!!!!!!!!!

untuk babahku tersayang.......

HAPPY FATHER’s DAY!!!!!!















"Our dearest childhood memories have nothing to do with the size of our house, the luxury of the family car, or the net worth of the household bank account. We remember laughter, joy, touch, and the small, every-day experiences where we truly felt loved and protected. To all the fathers who make such things the ultimate priority, thank you" photo and words from link

No comments: