hujan....
orang tau hujan itu rahmat.
tapi ramai mengeluh waktu hujan turun.
apa lagi kalau hujan turun tanpa henti.
dulu waktu musim kemarau, hujan setitik pun tak turun.
sekarang, tiap2 hari hujan. minimum 3kali pulak tuh.
kadang2 hujan rintik2.
kadang2 hujan lebat.
kadang2 hujan + angin kencang.
ade tak hujan sedang?
ehehe.....
sebut pasal hujan mesti fikir tido.
sebab hujan sedap sangat tidor sambil diselimuti comforter yang tebal...
best gila! tp kalau dah penat, mana2 pon jadi tempat tido. contohnye dalam pete2.
aku memang suke selalu tido dalam pete2. bukan ape, penat sangat lah.
sekarang ni kat OBGYN kerja 12jam sehari... lagilah penat. waktu duty tak tido langsung. dapat duduk pun dah bersyukur sangat.
ok, mungkin aku agak 'lebay' (berlebihan). takdelah seteruk itu.
tapi shift terakhir aku agak 'horror'. bayangkan aku disuruh pergi Operation Theater lima kali!!! bukan untuk tengok operation, tapi untuk hantar makanan dan hantar benda2 lain! penat gila! dapat 'hadiah' kene marah lagi. dah la jalan licin sebab hujan. banyak kali aku hampir terjatuh sebab berlari2 dengan kasut yang dah haus. (sebenarnye dah dua kali aku terjatuh berdebuk gara2 kasut tuh tapi aku masih degil nak pakai sebab kasut tu sangat 'comfy'. huhu. padan muke aku)
berbalik cerita tidor tadi, (lari topik lak tadi ye),
ade satu kes aku tertidor hampir setengah jam dalam pete2.
tiba ada lelaki kejutkan aku "mbak, bangun. nanti kelewatan"
(cik, bangun. nanti terlajak).
aku yang tengah lena tido pon terbangun.
alamak, lelaki hensem lah yang kejut aku!
cepat2 tengok muke kat cermin pete2.
kot2 ade air liur basi.
fuh... nasib baik takde.
aku tengok sekeliling.
oh, jauh lagi...
lps tu, dengan mamainye, aku pergi cakap
"tidak pak. masih jauh ini"....
bodoh gila aku. patutnye aku cakap terima kasih.
sempat lak aku menjawab cakap jauh lagi tmpt yg aku nak pergi.
huahuahua.....
jauh ye aku travel? hospital banyak jauh2. ade yang lima minit jalan kaki dah sampai. tapi dekat department ni banyak duty di hospital yang jauh2. satu jam naik pete2 baru sampai. sakit montot aku duduk lelame... nak melayan lagu earphone aku dah rosak. tu yang akhirnye aku layan tido je dalam pete2. dengan hujan yang turun jadi 'lullaby'... memang mantap!
p.s. kadang2 takut jugak barang kene curik mase tengah tido. tapi alhamdulillah, setakat ni aku bukan jenis yang tido mati.....
2 comments:
sure je mamat ensem~
ntah2 indon kontrak~
wekekekee
erk..
xtaula dia kje ape... tp mmg hensem lah!
lalala~
Post a Comment