11 October 2012

drama kehidupan

hidup ini penuh dengan drama dan sandiwara. 
sepanjang aku berkerja sudah hampir setahun setengah, 
bulan lepas merupakan puncaknya.

kerana dalam satu hari, boleh jadi ada sampai 3 orang menangis kepadaku. 
walaupun bukan aku yang membuatkan mereka patah tulang dan patah hati.

kalau dilihat dari jauh... itu mungkin hanya tangis yang biasa- biasa sahaja.
tapi Makcik M tahu, hidupnya akan berubah
"siapa nak jaga makcik lepas ni, doktor?"
"macam mana makcik nak jalan lepas ni?"
air mata mengalir deras
"mak cik ada berapa anak?"
"lima, nak"
aku menatap wajah yang sudah ditelan masa.
"nanti anak makcik jaga makcik, la, kan?"
aku memberi harapan yang entah benar atau palsu.
tapi garis2 di wajah itu semakin membengkok.
entah apa lagi yang dia fikirkan, Allah saja yang tahu.
dan aku masih harus melanjutkan tugas...
"makcik, minta maaf ye, kejap lagi saya nak ambil darah makcik ye"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tidak lama setelah itu, seorang gadis cina mendekatiku
"dokter, kakak saya macam mana?"
aku serba salah.
timbunan kerja menantiku di meja.
tapi gadis kecil itu tetap berdiri di hadapanku, menangis dan terus menangis.
aku mengajaknya duduk.
lalu kujelaskan bahawa kemungkinan kaki si kakak yang berusia 22 tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi.
kulit yang dulunya putih sudah kehitaman.
tiada lagi kulit yang halus, yang ada hanyalah kaki yang membengkak, membusuk, sampai aku merasa kaki dan si empunya kaki merupakan 2 makhluk berlainan.
si adik menangis lagi, memohon aku berbuat sesuatu cepat.
tapi apa yang mampu kami lakukan, apabila sel- sel sudah mati?
aku bukan Tuhan untuk menghidupkan sesuatu yang sudah tidak bernyawa.
puas kupujuk si adik yang setia menemani si kakak setiap hari.
dia menembak persoalan lagi
"berapa peratus kaki kakak saya boleh selamat?" tanya lagi. 

jauh di sudut hati dia sangat berharap si kakak tidak menunggang motor pada 3 hari lalu.

andai saja si kakak tidak keluar hari itu.
andai kereta yang entah dari mana tiba2 muncul dan melanggar si kakak, pasti tidak jadi begini.

hari demi hari kulihat si adik bertambah kuat. 

hingga suatu hari, 
kami memutuskan untuk memotong kaki kanan si kakak hingga separas bawah lutut.
pada hari itu, satu keluarga menangis di samping si kakak.
awalnya kusangkakan semua itu adalah teman2 si kakak.

tapi rupanya mereka 14 beradik.
"wow, mak dia kilang ke? " fikirku di dalam  hati (maaf, soalan itu terlalu spontan muncul di otakku)
seperti dapat membaca pemikiranku, si kakak menambah lagi "ayah saya kahwin 3"

senario yang agak aneh. lelaki cina berkahwin 3.
"oh, orang cina boleh kahwin 3 ye?" kali ini soalan itu bukan hanya di otakku, tapi terus kulontarkan kepada dia.

"entahlah. orang dulu2 boleh kot?

si ayah sudah berusia 70an, masih kuat walaupunberisteri 3 dan sudah tua dimamah usia...

aku melihat gadis 20 an yang hanya tinggal sebelah kaki itu.
sungguh, senyumannya merupakan sesuatu yang tak mungkin aku lupakan....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kemudian ada Auntie C, yang sudah menjalani pembedahan tapi masih sakit dan tidak mampu bergerak...
aku membelek 'case note' di hadapanku..
"oh, auntie, kalau kaki kiri sudah boleh gerak auntie boleh balik hari jumaat!"
auntie C mendengus.
"lebih baik wa mati saja!"
aku terkesima...
errr.. apesal ni?
ternyata dia menjadi 'irritable' kerana kakinya masih sakit.
puas aku berfikir kenapa dia masih sakit.
dah 'post operation day 5!'
biasanya lepas 3 hari operation pesakit dah boleh balik...
setelah lima minit dia 'membebel' memarahi aku, dan aku hanya diam menadah telinga, dia menangis kepadaku....
"wa tak mau hidup lagi, dokter. siapa mau jaga?"

anak ada ramai tak boleh ke jaga mak yang seorang?
sampai nak tukar pampers pun suruh nurse.
"anak wa cikgu. tak boleh tukar pampers"

ok statement terakhir buat aku mengamuk.
mak sendiri takkan lah nak suruh orang buat?

ini adalah senario yang paling sering berlaku di hospital.
waktu melawat je, ramai yang suruh nurse tukar pampers.
la,,, takkan lah ramai2 yang melawat tu takleh tolong?
huh...

bak kata orang, seorang ibu boleh menjaga banyak anak. tapi banyak anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu...

kalau anda masih mempunyai ibu, tolonglah, tolonglah jaga ibu anda baik2 ya...
 

ok aku sudah emo... 
bye~

No comments: