sekarang tengah hujan
sudah lama tidak hujan di sini
sekian lama aku tak menghirup bau hujan, dan merasakan ketenangan saat air turun membasahi tanah gersang bumi Makassar.
tapi selalu saat hujan, mesti rasa lapar. hihihi
hari ini aku sangat2 sibuk. awal pagi tadi, aku pergi pejabat di fakulti untuk ambil surat kebenaran mengulang ujian dan surat untuk memasuki bahagian radiologi. rencanaku, minggu depan aku mahu masuk bahagian radiologi.
bahagian yang menurut org paling boring dalam dunia
tapi oleh kerana hanya dua orang sahaja yg mendaftar, makanya kami tidak diterima
kenapa tak beritahu awal2? sabar je lah.
ini kali kedua aku di'reject' untuk masuk bahagian radiologi. dahulu, aku ditolak kerana dalam minggu itu hanya ada dua hari bekerja sahaja. sekarang ini. sebab dua org sahaja yang nak masuk, aku kena 'reject' lagi.
......sigh....
dokter di bahagian radiologi suruh aku masuk bahagian tersebut pada minggu lagi satu. masalahnye, minggu depan nanti nak buat ape? takkan nak termanggu2 kat bilik sorang2?
kawan2 aku dah pesan supaya selesaikan Interna dulu, baru masuk bahagian lain. tapi sebenarnya, kalau masuk Radiologi dulu, boleh belajar Interna lebih banyak dan memantapkan ilmu Interna aku. cuma daripada minggu depan aku termenung kat bilik sorg2 dan fikir macam2, lebih baik aku kuatkan semangat dan masuk bahagian Interna balik. betul tak? betul2!
malam ini aku mahu cuba bertemu gabenor koas Interna dan mohon untuk memasuki bahagian tersebut minggu depan. harap2 kali ini tidak ada masalah. kenapalah semua tak berjalan lancar? be strong, Ainul!
rasa aneh menulis dalam bahasa Melayu yang baku. macam baca surat rasmi. hahaha. aku takut bahasa Melayu aku rosak. aku ni terlalu sering menulis dalam bahasa rojak atau bahasa Inggeris, dicampur dengan bahasa Indonesia... fuh... rosak bahasa aku.
pesan penaja: cintailah bahasa Melayu.....
No comments:
Post a Comment