hari ni menarik!
ada kuliah mengenai Swine Flu. bahagian Interna ada kuliah setiap hari isnin, rabu, khamis dan sabtu. sesuatu yang menarik kerana biasanya para residen membentangkan 'death case' dan 'case' yang ditangani mereka lengkap dari anamnesis sampai diskusi mengenai bagaimana perjalanan penyakit dan pengubatan. terus terang, kadang2 bosan je. tapi dengan cara itu para dokter bahagian interna dapat 'up to date' dan takdelah otak diaorang 'berkarat' dengan ilmu yang dah lapuk. dunia perubatan sentiasa berubah, dan adalah salah besar jika anda mahu jadi dokter tapi benci belajar. ok, sekurang2nya anda haruslah menjadi seorang yang penyibuk. ya, dokter memang seorang yang penyibuk. pertama kali pesakit datang, macam2 dia kena tanye. polis pun kalah! huhu. dari makan ape sampai buang air, semua dia tanye. haishhss.. tapi kalau tak menyibuk macam tu macam mane nak rawat pesakit. betul tak???????? 90% diagnosis dapat ditegakkan hanya dengan anamnesis (anamnesis tu maksud dia tanya2 tu lah).
ok, kenapa hari ini aku kate menarik? sebab masa kuliah hari ini terasa macam aku ni pelakon cerita 'HOUSE M.D.'. hahahahahaha...... pandemi swine flu yang berlaku menyedarkan aku, aku tak boleh 'kaku' dalam belajar. perubatan adalah suatu seni..... seni dalam mendiagnosa dan mengubati pesakit. terus terang. aku baru baca mengenai swine flu dan 'stem cell research' dua hari yang lepas. ya. aku ni memang tak acuh pada hal begitu sebelum ini. dua hari lepas aku baru sedar aku tidak boleh hanya belajar untuk ujian. aku harus berubah. dan aku tidak menyesal, kerana hari ini saat kuliah mengenai 'swine flu' itu, aku tidak terasa bodoh atau tidak berguna, kerana aku telah membaca mengenainya. sempat juga aku membuka internet di HP dan meng'google' 'swine flu' saat para dokter lagi membincangkan pandemi itu.
hari ini aku rasa ada perubahan besar pada diri aku. dan aku berharap agar aku terus lebih baik dari semalam.
aku tidak mahu bercerita panjang mengenai 'swine flu'. anda boleh baca di sini dan banyak lagi website yang dapat membantu anda memahami penyakit yang sudah pun ada di Malaysia.
kalian sudah baca mengenai 'stem cell research' ini? anda harus baca jika anda seorang yang prihatin mengenai pengguguran kandungan atau lebih dikenali sebagai pembunuhan bayi di kalangan para aktivis yang membangkang kajian ini.
selamat membaca!
No comments:
Post a Comment