25 May 2009

kasih ibu

kadang,
kata2 agak kudung
untuk mengungkapkan sesuatu yang indah.
makanya,
aku persembahkan lirik lagu 'Kasih Ibu'
dan cebisan memori aku dan Mama
untuk berbicara
mengenai insan yang sangat kucintai ini



Kasih ibu,
kepada beta
tak terhingga sepanjang masa
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Hanya memberi,
tak harap kembali,
Bagai sang surya,
menyinari dunia.


harusnya ini dipost saat Hari Ibu yang lalu, betul x? hrmmm tp mase hari ibu aku cuma hantar sms..... sigh...... dan yang membuat aku terfikir untuk menulis ini adalah kerana insidens berikut.
malam minggu lalu, saat jaga UGD a.k.a ER, ada seorang pesakit yang masuk ke rumah sakit sendiri!!!!!!!!!!
suatu hal yang agak susah, kerana tiada siapa yang boleh ambilkan ubat, menguruskan jaminan, bawa dia ke toilet dan membelikan makanan untuk dia. sangat kasihan......
apabila kami menelefon anaknya, antara kata2 anaknya ialah;
'biarlah dia di situ',
'argh, dia hanya mahukan perhatian',
dan
'begini dokter, dia hanya demam kerana tidak pernah mandi'

ASTAGFIRULLAHALAZIM!
teganya hati perempuan itu membiarkan orang tuanya yang telah bersusah payah membesarkan dia menderita sendirian di Rumah Sakit!
lebih malang, pesakit itu terjatuh saat tidur, hingga kepala dan bahunya bengkak. wajah tuanya sayu melihat kami, yang dalam kesibukan mengurus pesakit lain, masih sempat menghulurkan tangan untuk membantu tubuh kerdilnya yang sudah lemah sekali......

aku 'post' entry ini sebagai peringatan kepada kalian dan juga untuk aku sendiri,
ingatlah,
apapun terjadi, janganlah sesekali melukai hati kedua ibubapa
''Ya ALLAH, jauhkanlah kami dari menderhakai ibubapa kami......''
aminnn.

2 comments:

Arieff Aizuddin said...

amin
insyaALLAH jd ank yg soleh n solehah

the dr said...

bongok btol anak camtu. memang nak booking neraka la tu. mintak jauhla kita semua. NAUZUBILLAH